This one is 33/40. Seriously I don't know why this essay get this mark. Well it's for you to decide whether it is okay or not because I don't believe my teacher. I think this one is lack of something. It is good for the beginner.
Setiap pelajar mempunyai impian untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Huraikan amalan-amalan yang perlu dilakukan supaya hajat anda itu tercapai.
Pelajar cemerlang adalah aset kepada sesebuah sekolah. Pelajar cemerlang menjamin kejayaan pada masa hadapan. Sebagai contoh, pelajar yang mendapat semua A dalam SPM dapat diterima amsuk ke universiti dan berpeluang mendapat biasiswa untuk belajar ke luar negara. Pelajar cemerlang juga akan mendapat pekerjaan yang bagus dan boleh menyara keluarganya sendiri. Pada hakikatnya terdapat beberapa amalan yang perlu diterapkan dalam sikap pelajar untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.
Yang utama, pelajar perlu menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar. Pelajar perlu fokus supaya ilmu yang diberikan oleh guru dapat disimpan dalam kepala. Sebagai contoh, pelajar tidak boleh berbual dengan rakan-rakan atau bermain di dalam kelas ketika guru mengajar. Jika semua pelajar menumpukan perhatian terhadap guru, suasana kelas menjadi senyap dan selesa untuk belajar. Secara tuntasnya, pelajar perlu menumpukan perhatian ketika guru mengajar untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.
Selain itu, pelajar juga harus mematuhi peraturan sekolah. Peraturan sekolah merupakan panduan seorang pelajar untuk membina sahsiah yang baik. Tamsialn yang jelas, pelajar harus sentiasa hadir awal ke sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Sejajar dengan hal itu, pelajar dapat menjadi seseorang yang berakhlak baik, berdisiplin dan disegani oleh murid lain. Konklusinya, kita perlu mematuhi peraturan sekolah supaya dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
Di samping itu, amalan pelajar cemerlang adalah menghormati ibu bapa. Ibu bapa yang membiayai persekolahan, melengkapkan keperluan asas dan memberi makan serta minum. Buktinya, pelajar harus mendengar arahan ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh dan tidak meninggikan suara di hadapan ibu bapa. Hal ini menyebabkan, ibu bapa mendoakan kejayaan anaknya supaya berjaya dalam kehidupan. Kesimpulannya, kita haruslah menghormati ibu bapa kita.
Bukan itu sahaja, pelajar perlu kuat beribadah. Ibadah sangat penting dalam kehidupan kerana ianya adalah hubungan pelajar antara Tuhan. Pelajar wajib menunaikan solat lima waktu setiap hari, Selarans denga hal ini, pelajar dapat menghindari perkara mungkar dan dapat membentuk sahsiah yang baik. Tegasnya, pelajar perlu menjaga hubungan dengan Tuhan dan solat itu sebagai tiang agama. Solat juga merupakan tunggak seorang pelajar cemerlang.
Seterusnya, pelajar perlu menghargai masa. Masa itu ibarat emas, sungguh berharga dan tidak boleh disia-siakan. Tamsilan yang jelas, pelajar perlu mengulangkaji pelajaran pada masa lapang dan tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah. Hal ini demikian, pelajar tidak berasa rugi dan pada masa yang sama pelajar dapat mengukuhkan pelajarannya. Sewajarnya, setiap pelajar perlu ada sikap menghargai masa untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
Seorang pelajar cemerlang mengamalkan perkara-perkara tersebut supaya berjaya dalam kehidupan. Saya perlu menumpukan perhatian, mematuhi peraturan sekolah, menghormati ibu bapa, kuat beribadah dan menghargai masa. Ibu bapa dan guru berharap pelajar dapat menjadi seorang yang cemerlang dan berjaya pada masa hadapan. Jika tidak, dikhuatir bahawa pelajar akan terpesong daripada landasan yang baik dan masa hadapan akan menjadi gelap. Sebagai pelajar, kita harus berjaya dalam pelajaran, bak kata pepatah Alang-alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai ke Pangkal Lengan.