Thursday 7 November 2013

Karangan Berpandu: Perayaan dan Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan

Perayaan

          Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis perayaan tradisiyang disambut oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat Melayu, Tahun Baru Cina disambut oleh orang Cina dan Deepavali disambut oleh kaum India.

          Setiap perayaan di Malaysia akan disambut dengan begitu meriah sekali. Seprti Hari Raya Aidilfitri, kebanyakan orang Melayu akan mengdakan rumah terbuka dan menjemput sanak-saudara, kenalan dan jiran tetangga ke rumah dan menyajikan pelbagai hidangan tradisional yang lazat.

          Pada Tahun Baru Cina pula, ahli keluarga akan berkumpul menikmati jamuan makan pada malam sebelum Tahun Baru. Diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak-saudara dan sahabat handai pada keesokan harinya. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini.

          Penganut Hindu yang meraikan perayaan Deepavali akan mengadakan upacara sembahyang di kuil. Mereka juga membuat 'kolam' menggunakan beras yang berwarna-warni dan selepas itu mereka akan melawat sanak-saudara.

          Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur kerana dapat meraikan pelbagai jenis perayaan tidak kira bangsa. Kita juga haruslah bersifat hormat-menghormati antara kaum agar negara kita aman.

Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan

          Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia ialah rambutan, manggis, durian, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya.

          Terdapat banyak kebaikan makan buah-buahan tempatan. Antaranya adalah buah-buahan tempatan mempunyai rasa yang enak sekali. Kita dapat menikmati buah-buahan yang manis, masam, masin dan pahit. Sebagai contoh, buah mangga yang masak mempunyai rasa yang manis.

          Selain itu, buah-buahan tempatan mempunyai khasiat dan zat yang banyak. Buah-buahan boleh menyihatkan tubuh badan dengan vitamin daripada buah-buahan tersebut. Oleh itu, buah-buahan dapat memelihara kesihatan kita.

          Seterusnya, buah-buahan tempatan boleh meningkatkan ekonomi negara. Harganya yang murah menggalakkan rakyat Malaysia membelinya. Apabila buah-buahan ini banyak dibeli, ekonomi negara boleh meningkat.

          Sebagai rakyat Malaysia, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan dan membeli barang tempatan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Amalan-amalan Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

This one is 33/40. Seriously I don't know why this essay get this mark. Well it's for you to decide whether it is okay or not becau...