Friday 8 April 2016

Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kehidupan

Karangan Berpandu: Peranan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kehidupan

Huraikan pendapat anda tentang peranan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam kehidupan.

  • Berkongsi pendapat
  • Memperoleh maklumat
  • Menjana pendapatan

          Pada zaman perkembangan teknologi ini, masyarakat telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat. Terdapat seribu satu cara untuk memperolehi maklumat seperti sumber daripada rakan, internet, media massa dan lain-lain. Wahana komunikasi ini digunakan secara meluas dan mempercepatkan penyebaran maklumat. Manusia melalui pelbagai abad inovasi teknologi dan berjaya membina satu rangkaian perhubungan yang boleh menghubungkan masyarakat di dalam negara mahupun luar negara. Melalui rangkaian ini, maklumat dapat diperoleh dan digunakan dalam pekerjaan dan kehidupan seharian. Teknologi maklumat dan komunikasi memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup masyarakat. Apakah peranan teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat celik hari ini?

          Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan kita dalam peranan teknologi maklumat dan komunikasi. Salah satu peranannya adalah membolehkan masyarakat berkongsi pendapat. Komunikasi antara masyarakat berlaku dengan giat dan berlaku pada setiap masa. Manusia memerlukan kemudahan berkomunikasi antara satu sama lain seperti internet. Kemudahan berinternet telah digunakan oleh masyarakat celik hari ini untuk memudahkan pekerjaan mereka. Berkongsi pendapat adalah perlu dalam membangunkan masyarakat ke tahap yang lebih baik seperti aplikasi e-mel yang sering digunakan dalam membuat sesuatu pekerjaan. Sejajar hal ini, kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas. Berkongsi pendapat juga boleh meningkatkan mentaliti masyarakat setempat yang menghubungkan diri mereka dengan masyarakat lain seperti masyarakat negara maju. Perkongsian pendapat yang berfaedah dan membangun memberi kesan yang positif kepada masyarakat tempatan.

          Seterusnya, maklumat diperolehi daripada pelbagai sumber. Teknologi maklumat dan komunikasi memberi kemudahan untuk masyarakat memperoleh maklumat. Pelbagai alat teknologi dan komunikasi digunakan dalam menyebarkan maklumat dan mencari maklumat seperti komputer, komputer riba yang mempunyai kemudahan internet, telefon bimbit pintar, televisyen dan sumber daripada manusia. Kita boleh memperoleh maklumat untuk kepentingan diri sendiri seperti mencari maklumat mengenai pelajaran, dengan cara ini, kita dapat mencapai kejayaan dengan lebih mudah. Masyarakat perlulah membuat perkara yang berfaedah agar mentaliti masyarakat boleh ditingkatkan.. Penggunaan alat-alat komunikasi ini juga boleh mendorong masyarakat melakukan keburukan seperti menjatuhkan maruah seseorang di laman sosial dan menggodam akaun orang lain untuk mencuri duit. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, pepatah ini mengingatkan kita supaya sentiasa melakukan kebaikan dan berlaku buruk akan mendapat balasan buruk. Oleh itu, masyarakat harus menggunakan kemudahan-kemudahan ini dengan baik supaya dapat mewujudkan masyarakat yang membangun selaras Wawasan 2020.

          Bukan itu sahaja, peranan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan kita menjana pendapatan. Pada zaman revolusi teknologi ini, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjana pendapatan. Jika dikaitkan dengan isu semasa mengenai kenaikan harga barang, ramai daripada masyarakat kita harus berhempas pulas mencari rezeki untuk menanggung kehidupan seharian. Bidang teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi kemudahan kepada kita untuk mencari wang. Tamsilnya, orang ramai sibuk dengan pekerjaan mereka dan tidak mempunyai masa untuk membeli barang, oleh itu, masyarakat harus mengambil peluang dengan melakukan perniagaan secara atas talian. Pekerjaan ini tidak memerlukan tenaga yang banyak dan kerja dapat dilakukan dengan cekap. Cara ini telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk memberi kemudahan  kepada masyarakat membayar cukai. Selaras dengan perkara itu, ekonomi negara semakin meningkat dan dapat menjana pendapatan untuk negara. Secara kesimpulannya, peranan teknologi maklumat dan komunikasi memberi banyak kelebihan untuk masyarakat.

          Akhirul mukaddimahnya, peranan teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Bidang teknologi maklumat dan komunikasi banyak menyediakan kemudahan dalam perhubungan untuk pembangunan manusia sejagat. Wahana komunikasi perlulah digunakan dengan baik untuk perkara yang berfaedah dan boleh membawa keuntungan kepada diri, masyarakat dan negara. Kita diberi kemudahan yang banyak, hendaklah kita menggunakannya dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Amalan-amalan Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

This one is 33/40. Seriously I don't know why this essay get this mark. Well it's for you to decide whether it is okay or not becau...