Karangan Berpandu
- Bijak memilih rakan
- Meningkatkan pencapaian akademik
- Menguasai kemahiran berkomunikasi
Setiap pelajar mempunyai cita-cita untuk berjaya dalam peperiksaan di sekolah dan seterusnya berjaya di alam pekerjaan. Pelajar perlu berusaha untuk mencapai matlamat tersebut dengan jayanya. Untuk berjaya dalam kehidupan, kita mestilah meningkatkan kecemerlangan diri supaya mudah mencapai objektif kita. Apakah langkah-langkah yang boleh meningkatkan kecemerlangan diri?
Mari kita lebarkan lensa skop perbincangan mengenai langkah-langkah meningkatkan kecemerlangan diri. Pertamanya, pelajar perlu bijak memilih rakan. Rakan ialah seseorang yang rapat dengan kita selai ibu bapa kita. Mereka mudah mempengaruhi fikiran kita denngan perkara positif mahupun negatif. Dalam hal ini, pelajar perlu bijak memilih rakan supaya dapat mencontohi perkara baik daripadanya dan secara tidak lagsung menghindarkan diri daripada terjebak dengan kancah sosial yang negatif. Kita boleh meningkatkan sahsiah diri ke arah lebih baik untuk menjadi seorang khalifah yang mampu menghindari perkara buruk. Kita akan mengalami alam persekolahan kita dengan mudah kerana tidak terlibat dengan masalah disiplin. Oleh itu, kita harus bijak memilih rakan untuk meningkatkan kecemerlangan diri di sekolah mahupun alam pekerjaan.
Langkah seterusnya ialah meningkatkan pencapaian akademik. Pencapaian akademik di sekolah sangat penting buat pelajar kerana ianya menentukan masa depan kita. Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pencapaian akademik kita, tetapi bagaimana? Kita perlu menumpukan perhatian semasa guru mengajar, memperbanyakkan latihan, sering bertanya dengan guru dan menjaga adab dengan guru. Sebagai pelajar, kita harus menjaga tingkah laku dan hubungan dengan guru. Apa gunanya, pelajar cemerlang jika kurang ajar dengan guru? Restu guru merupakan satu faktor kecemerlangan kita. Guru perlu dihargai kerana merekalah yang memberi ilmu dan mendidik kita supaya mendapat matlamat yang kita inginkan. Perkara ini amat penting untuk meningkatkan pencapaian akademik yang sekaligus meningkatkan kecemerlangan diri.
Selain itu, pelajar perlu menguasai kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar dan guru. Pelajar harus petah berbicara dalam hal-hal akademik supaya orang lain memandang tinggi kepada kita dan menjadikan kita sebagai pelajar contoh kepada mereka. Bukan sahaja petah berbicara, pelajar juga perlu bersosial untuk meluaskan pengaruh kita dalam kalangan rakan. Hal ini boleh dijadikan manfaat bersama ketika mengulangkaji pelajaran. Rakan yang tidak tahu akan menanyakan soalan kepada rakan yang mengetahui. Sikap ini boleh menimbulkan semangat bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain untuk menempuh alam persekolahan. Oleh itu, kita harus menguasai kemahiran berkomunikasi kerana setiap perkataan yang dikeluarkan beserta hujah yang mantap menunjukkan keperibadian kita. Kesimpulannya, menguasai kemahiran berkomunikasi merupakan salah satu langkah meningkatkan kecemerlangan diri.
Akhirul mukaddimahnya, kecemerlangan diri amat penting untuk seorang pelajar kerana ianya menentukan siapa diri kita pada masa akan datang. Merentung buluh biarlah dari rebungnya, peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan pelajar yang masih mencari ilmu untuk bekalan masa depan. Kita harus mengekalkan kecemerlangan diri supaya berjaya dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment