Thursday, 14 January 2016

Langkah-langkah Membendung Kenaikan Harga Barang

  • Mengamalkan sikap berjimat-cermat
  • Merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti
  • Memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik mendadak
  • Pihak kerajaan membuat pemantauan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan
          Sejak belakangan ini, media massa sering memaparkan berita tentang kenaikan harga barang. Isu ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada penduduk tempatan. Bagi golongan yang berpendapatan tinggi mungkin tiada masalah untuk menampung perbelanjaan seharian mereka tetapi bagi golongan yang 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' akan mengalami masalah mencari rezeki. Kenaikan harga barang ini pastinya menimbulkan kemarahan dalam kalangan penduduk tempatan mahupun yang kaya, sederhana dan miskin. Sejajar hal ini, kehidupan rakyat terjejas dan tidak dapat menikmati kemudahan serta barang-barang yang diingini. Namun begitu, rakyat tiada pilihan lain kecuali mempraktikkan langkah-langkah untuk membendung kenaikan harga barang. Dengan cara itu sahaja, rakyat dapat menjalani kehidupan yang serba cukup. Persoalannya, apakah cara-cara untuk membendung kenaikan harga barang? 

          Mari kita mendalami topik ini dengan lebih terperinci, salah satu langkah untuk mengawal kenaikan harga barang adalah mengamalkan sikap berjimat-cermat. 'Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis', pepatah ini sangat penting dan perlu disematkan dalam pemikiran penduduk tempatan. Kita perlu berjimat-cermat dalam berbelanja supaya kita dapat menyimpan lebihan wang untuk kegunaan masa depan. Tamsilan yang jelas, masyarakat perlu mementingkan keperluan daripada keinginan kerana keperluan harian lebih penting daripada kemahuan. Masyarakat harus membeli makanan daripada dibandingkan alat permainan kerana makanan amat penting dalam kehidupan kita. Sehubungan itu, masyarakat yang membeli barangan mengikut keinginan akan pasti menerima padah pada masa akan datang. Rakyat Malaysia juga harus mengingatkan diri masing-masing supaya ukur baju di badan sendiri dan hidup bersederhana lebih baik daripada mengejar kekayaan. Kesimpulannya, penduduk tempatan harus mengamalkan sikap berjimat-jimat supaya dapat membendung kenaikan harga barang dan sekali gus mendidik masyarakaat untuk melawan nafsu membeli barang-barang yang mahal.

          Bagi individu yang perlu menyara keluarga, adalah diwajibkan untuk mencari nafkah keluarga. Sehubungan isu kenaikan harga barang, ketua keluarga perlu bekerja lebih masa untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin menarik. Perkara ini boleh dipermudahkan dengan cara merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Ibu bapa mestilah mengawal perbelanjaan anak dengan baik, mereka juga harus memikirkan tentang bil elektrik, air dan membeli barang kelengkapan rumah. Misalnya, ibu bapa perlu berjimat-cermat dengan mengagihkan wang untuk membayar bil, memberi kelengkapan rumah dan pengurusan anak supaya bayaran bil tidak tertangguh serta perbelanjaan rumah diurus dengan cekap. Tuntasnya, ibu bapa atau individu perlu merancang perbelanjaan keluarga dengan terperinci supaya dapat menyediakan payung sebelum hujan.

          Langkah seterusnya adalah memboikot barang-barang di pasaran yang harganya naik mendadak. Pengeluar menaikkan harga barang untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Disebabkan pengeluar pengeluar inginkan keuntungan yang besar, pengguna atau pembeli perlu menanggung bebannya. Kejadian ini boleh dikaitkan dengan pepatah 'disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga' kerana harga barang yang lain akan naik kesan persaingan antara pengeluar. Oleh itu, masyarakat harus mencegah daripada membeli barang yang mahal. Kesannya, statistik pengeluaran barang mahal semakin menurun dan pengeluar akan mengalami kerugian kerana masyarakat beralih kepada barang yang lebih murah. Keputusan berada di tangan pengguna. Kesatupaduan masyarakat yang memboikot barang mahal boleh membendung kenaikan harga barang.

          Langkah membendung kenaikan harga barang bukan sahaja dibendung oleh masyarakat tetapi pihak kerajaan juga memainkan peranan yang penting. Pihak kerajaan harus membuat pemantauan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan. Apabila harga minyak naik, harga barang lain juga menaik. Peniaga akan menaikkan harga barang untuk menampung kos kenaikan harga minyak. Hal ini terjadi kerana minyak merupakan perkara yang penting dalam kehidupan seharian. Jika benda asas dinaikkan harga, barang lain turut naik harga. Oleh itu, peniaga menaikkan harga barang. Pihak kerajaan harus melakukan pemeriksaan terhadap kenaikan harga barang oleh peniaga. Pihak kerajaan perlu menguatkuatkuasakan undang-undang dan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang melakukan sedemikian. Jika tiada usaha daripada pihak kerajaan, peniaga akan terus menaikkan harga barang dan masyarakat akan ditindas. Tuntasnya, pemantauan daripada pihak kerjaan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang amat diperlukan kerana ianya adalah salah satu langkah untuk membendung kenaikan harga barang.

          Kesimpulannya, kenaikan harga barang menjejaskan kehidupan rakyat dan perlu dibendung untuk mengelakkan diri menjadi papa kedana. Kenaikan harga barang juga menyebabkan sebilangan rakyat perlu menanggung hutang keliling pinggang. Namun begitu, kesan-kesan ini mampu dicegah dengan mengamalkan langkah-langkah yang dihuraikan tadi. Kita haruslah berganding bahu kerana perkara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak supaya dapat membendung kenaikan harga barang. Ini menunjukkan bahawa kenaikan harga barang dapat dibendung dengan kerjasama daripada semua pihak.





No comments:

Post a Comment

Featured post

Amalan-amalan Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

This one is 33/40. Seriously I don't know why this essay get this mark. Well it's for you to decide whether it is okay or not becau...