Thursday, 7 April 2016

Hobi Yang Berfaedah

Karangan Berpandu: Hobi Yang Berfaedah
  • Mengisi masa lapang
  • Menyihatkaan tubuh badan
  • menambahkan ilmu pengetahuan
  • Memupuk nilai murni
          Setiap manusia mempunyai hobi tersendiri.Hobi merupakan sesuatu perkara yang diminai dan selalunya dilakukan pada waktu lapang. Terdapat banyak kelebihan melakukan hobi yang berfaedah. 

          Melakukan hobi yang berfaedah dapat mengisi masa lapang. Kita dapat mengisi waktu senggang itu dengan hobi yang berfaedah. Tamsilan yang jelas, seseorang pelajar membaca buku pada masa ketiadaan guru dalam kelas. Kesannya, masa dapat dipenuhi dan tidak merugikan masa kerana masa itu emas. Oleh itu, penuhilah masa lapang dengan hobi yang berfaedah.

          Selain itu, kita juga dapat menyihatkan tubuh badan. Aktiviti bersukan seperti bermain badminton, berkayak, bermain bola dan lain-lain mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Tambahan pula, bersukan juga perlu dilakukan dalam kehidupan seharian. Masa lapang adalah waktu yang terbaik untuk melakukan hobi yang berfaedah. Kesimpulannya, mengisi masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah dapat menyihatkan tubuh badan.

          Di samping itu, kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku pada waktu lapang. Bukan sahaja dengan membaca buku, kita juga boleh melakukan hobi seperti berjalan dan beriadah. Kesannya, kita dapat mengetahui apa yang berlaku di sekeliling dan mendapat informasi tentang dunia luar. Tuntasnya, melakukan hobi yang berfaedah dapat meningkatkan tahap pengetahuan seseorang.

          Seterusnya, kita dapat memupuk nilai murni dalam diri kita dan kalangan masyarakat. Dengan aktiviti membaca buku sebagai hobi, kita dapat memupuk nilai kerajinan. Hobi seperti mendaki gunung bersama kawan dapat mewujudkan nilai kerjasama. Sejajar dengan hal ini, melakukan hobi yang berfaedah juga dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Secara kesimpulannya, nilai murni dapat dipupuk dengan melakukan hobi yang berfaedah.

          Tuntasnya, terdapat banyak kelebihan yang diperoleh daripada melakukan hobi yang berfaedah. 

This essay was when I am 16 years old. It is very different from the essay when I was in form 5.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Amalan-amalan Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

This one is 33/40. Seriously I don't know why this essay get this mark. Well it's for you to decide whether it is okay or not becau...