Monday, 11 November 2013

My Secretive Sister

My youngest sister had this gathering today. She wanted to dress nicely and attractive. She took a bath and started to dress up. But the weird thing is she started to dress up inside the room and locked the door. My second sister and I were curious to know why she did that because she rarely dress up in the room with the door locked. My second sister tried to push the door to see whether she unlock the door or not but it was sill locked. My second sister told me that if she behaved like that she must have used our things like clothes our jewelry, our scarf our shoes, our bag and else. My youngest sister knew that her sisters didn't like her use our things without permission but she did it anyway. Actually we didn't get angry easily and the situation was kinda funny to me how my sister hide herself from us. 

When she unlocked the door, my second one push the door and the youngest fell down and started to cry. I laughed hardly because she was not a weak person and usually she hit us if we hurt her. I think she felt guilty she used our things. My second one said that the youngest use my latest baju kurung that is made by my grandmother. Ok I was cool with that but how she managed to get in that anyway. 

That baju kurung is too small for me but it fit nicely. Seeing her wear that make me laugh so hard. Her body was quite bigger than mine and I can see that baju kurung was stretched. My second one also laugh and I thought we are an evil sisters because we laughed when she cried. My second one pull my crying sister out towards our clothes room and dressed her with another baju kurung. When she undressed another secret came out. She wore my second sister's inner cloth. We laughed again. LOL! 

I gave my beautiful and the best baju kurung I've had to her. My father said he will arrived in five minutes so we started to panic and did not want our father to wait longer. Finally, the youngest wore my baju kurung, my inner scarf and my shoes, she also wore the second's one scarf. All of that on her body were ours except the yellow bag was hers. I knew she wanted to dress nicely in front of her crush. Yeah I know. The sisters always know. Then after she went out of the house, my second sister and I got a message:

Tq korng. Syng Korng. <3

It was a thank you message for us. I love you too my sister! <3
Whatever your siblings do forgive him/her and love him/her.

Thursday, 7 November 2013

Karangan Berpandu: Perayaan dan Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan

Perayaan

          Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis perayaan tradisiyang disambut oleh kaum-kaum yang ada di Malaysia. Hari Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat Melayu, Tahun Baru Cina disambut oleh orang Cina dan Deepavali disambut oleh kaum India.

          Setiap perayaan di Malaysia akan disambut dengan begitu meriah sekali. Seprti Hari Raya Aidilfitri, kebanyakan orang Melayu akan mengdakan rumah terbuka dan menjemput sanak-saudara, kenalan dan jiran tetangga ke rumah dan menyajikan pelbagai hidangan tradisional yang lazat.

          Pada Tahun Baru Cina pula, ahli keluarga akan berkumpul menikmati jamuan makan pada malam sebelum Tahun Baru. Diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak-saudara dan sahabat handai pada keesokan harinya. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini.

          Penganut Hindu yang meraikan perayaan Deepavali akan mengadakan upacara sembahyang di kuil. Mereka juga membuat 'kolam' menggunakan beras yang berwarna-warni dan selepas itu mereka akan melawat sanak-saudara.

          Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur kerana dapat meraikan pelbagai jenis perayaan tidak kira bangsa. Kita juga haruslah bersifat hormat-menghormati antara kaum agar negara kita aman.

Kebaikan Makan Buah-buahan Tempatan

          Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Buah-buahan tempatan yang terdapat di Malaysia ialah rambutan, manggis, durian, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya.

          Terdapat banyak kebaikan makan buah-buahan tempatan. Antaranya adalah buah-buahan tempatan mempunyai rasa yang enak sekali. Kita dapat menikmati buah-buahan yang manis, masam, masin dan pahit. Sebagai contoh, buah mangga yang masak mempunyai rasa yang manis.

          Selain itu, buah-buahan tempatan mempunyai khasiat dan zat yang banyak. Buah-buahan boleh menyihatkan tubuh badan dengan vitamin daripada buah-buahan tersebut. Oleh itu, buah-buahan dapat memelihara kesihatan kita.

          Seterusnya, buah-buahan tempatan boleh meningkatkan ekonomi negara. Harganya yang murah menggalakkan rakyat Malaysia membelinya. Apabila buah-buahan ini banyak dibeli, ekonomi negara boleh meningkat.

          Sebagai rakyat Malaysia, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan dan membeli barang tempatan.

Amalan-amalan Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

This one is 33/40. Seriously I don't know why this essay get this mark. Well it's for you to decide whether it is okay or not because I don't believe my teacher. I think this one is lack of something. It is good for the beginner.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Huraikan amalan-amalan yang perlu dilakukan supaya hajat anda itu tercapai.

          Pelajar cemerlang adalah aset kepada sesebuah sekolah. Pelajar cemerlang menjamin kejayaan pada masa hadapan. Sebagai contoh, pelajar yang mendapat semua A dalam SPM dapat diterima amsuk ke universiti dan berpeluang mendapat biasiswa untuk belajar ke luar negara. Pelajar cemerlang juga akan mendapat pekerjaan yang bagus dan boleh menyara keluarganya sendiri. Pada hakikatnya terdapat beberapa amalan yang perlu diterapkan dalam sikap pelajar untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

          Yang utama, pelajar perlu menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar. Pelajar perlu fokus supaya ilmu yang diberikan oleh guru dapat disimpan dalam kepala. Sebagai contoh, pelajar tidak boleh berbual dengan rakan-rakan atau bermain di dalam kelas ketika guru mengajar. Jika semua pelajar menumpukan perhatian terhadap guru, suasana kelas menjadi senyap dan selesa untuk belajar. Secara tuntasnya, pelajar perlu menumpukan perhatian ketika guru mengajar untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

          Selain itu, pelajar juga harus mematuhi peraturan sekolah. Peraturan sekolah merupakan panduan seorang pelajar untuk membina sahsiah yang baik. Tamsialn yang jelas, pelajar harus sentiasa hadir awal ke sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Sejajar dengan hal itu, pelajar dapat menjadi seseorang yang berakhlak baik, berdisiplin dan disegani oleh murid lain. Konklusinya, kita perlu mematuhi peraturan sekolah supaya dapat menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

          Di samping itu, amalan pelajar cemerlang adalah menghormati ibu bapa. Ibu bapa yang membiayai persekolahan, melengkapkan keperluan asas dan memberi makan serta minum. Buktinya, pelajar harus mendengar arahan ibu bapa, belajar bersungguh-sungguh dan tidak meninggikan suara di hadapan ibu bapa. Hal ini menyebabkan, ibu bapa mendoakan kejayaan anaknya supaya berjaya dalam kehidupan. Kesimpulannya, kita haruslah menghormati ibu bapa kita.

          Bukan itu sahaja, pelajar perlu kuat beribadah. Ibadah sangat penting dalam kehidupan kerana ianya adalah hubungan pelajar antara Tuhan. Pelajar wajib menunaikan solat lima waktu setiap hari, Selarans denga hal ini, pelajar dapat menghindari perkara mungkar dan dapat membentuk sahsiah yang baik. Tegasnya, pelajar perlu menjaga hubungan dengan Tuhan dan solat itu sebagai tiang agama. Solat juga merupakan tunggak seorang pelajar cemerlang.

          Seterusnya, pelajar perlu menghargai masa. Masa itu ibarat emas, sungguh berharga dan tidak boleh disia-siakan. Tamsilan yang jelas, pelajar perlu mengulangkaji pelajaran pada masa lapang dan tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah. Hal ini demikian, pelajar tidak berasa rugi dan pada masa yang sama pelajar dapat mengukuhkan pelajarannya. Sewajarnya, setiap pelajar perlu ada sikap menghargai masa untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

          Seorang pelajar cemerlang mengamalkan perkara-perkara tersebut supaya berjaya dalam kehidupan. Saya perlu menumpukan perhatian, mematuhi peraturan sekolah, menghormati ibu bapa, kuat beribadah dan menghargai masa. Ibu bapa dan guru berharap pelajar dapat menjadi seorang yang cemerlang dan berjaya pada masa hadapan. Jika tidak, dikhuatir bahawa pelajar akan terpesong daripada landasan yang baik dan masa hadapan akan menjadi gelap. Sebagai pelajar, kita harus berjaya dalam pelajaran, bak kata pepatah Alang-alang Menyeluk Pekasam, Biar Sampai ke Pangkal Lengan.


Peranan Ibu Bapa dalam Menggalakkan Sikap Berjimat-cermat dalam Diri Anak-anak

This one is written by my friend. He got 39/40.My teacher said he is the best in my class but I also am. Hehe

          Anak-anak diibaratkan kain putih, ibu-bapalah yang harus mencorakkan kehidupan anak-anak mereka. Saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan ibu bapa perlulah bertanggungjawab untuk mewujudkan masa depan yang cerah kepada anak-anak mereka. Pada masa ini, sikap boros dan suka berbelanja sesuka hati oleh remaja memang sering dipertikaikan oleh segenap lapisan masyarakat. Anak-anak suka menghabiskan wang belanja untuk membeli barangan yang tidak akan mendatangkan sebarang faedah kepada mereka seperti buku komik, makanan-makanan ringan dan sebagainya. Sikap yang negatif ini perlu diatasi dengan segera supaya dapat mewujudkan satu masyarakat yang berjimat-cermat. Ibu bapalah yang memainkan peranan penting untuk menggalakkan anak-anak agar berjimat-cermat dalam kehidupan seharian.

          Antara langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak agar berjimat-cermat ialah ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka sejak kecil lagi tentang amalan ini. Bak kata pepatah Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya. Ibu baoa perlu sentiasa menasihati anak-anak mereka supaya berjimat-cermat dan tidak membazirkan wang dengan sia-sia. Amalan yang positif ini perlulah diterapkan ke dalam minda anak-anak agar dapat mewujudkan generasi yang berjimat-cermat pada masa yang akan datang. Melalui amalan ini, anak-anak akan sentiasa menghargai wang mereka dan tidak akan membelanjakannya untuk perkara-perkara yang negatif.

          Selain itu, ibu bapa juga harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka untuk mengikuti amalan ini. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah mengamalkan amalan ini dalam kehidupan seharian mereka agar anak-anak mereka dapat mempelajari amaln berjimat-cermat tersebut dengan lebih mudah lagi. Anak-anak sudah pasti akan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka kerana ibu bapa akan sentiasa memikirkan masa depan anak-anak mereka untuk menjadi cerah. Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa bangga terhadap ibu bapa mereka kerana menunjukkan teladan yang positif kepada mereka.

          Di samping itu, amalan menabung juga perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa haruslah menggalakkan anak-anak mereka untuk menabung kerana amalan ini merupakan salah satu langkah yang efektif untuk mewujudkan generasi yang berjimat-cermat. Bak kata pepatah, Sehari Selembar Benang, Lama-lama Menjadi Kain. Ibu bapa juga perlu memberitahu kebaikan menabung kepada anak-anak mereka. Sebagai contohnya, jika sesuatu kemalangan berlaku, wang yang telah disimpan tersebut dapat digunakan untuk rawatan hospital. Bukan itu sahaja, wang yang telah disimpan tersebut juga dapat digunakan utnuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian yang lebih tinggi. Wang simpanan tersebut dapat dijadikan sebagai penyelamat kita. Bak kata pepatah, Sediakan Payung Sebelum Hujan.

          Seterusnya, ibu bapa juga harus menggalakkan anak-anak mereka untuk membeli barangan yang hanya diperlukan sahaja. Ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka untuk membeli barang-barang yang akan mendatangkan faedah kepada anak-anak mereka sendiri.Ibu bapa tidak harus membiarkan anak-anak mereka menyesal kerana membeli barangan yang berjenama tetapi tidak membawa sebarang kegunaan kepada diri mereka sendiri. Bak kata pepatah, Alah Membeli Menang Memakai. Ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak mereka supaya menyediakan perancangan perbelanjaan yang sistematik supaya wang tidak dibazirkan dengan sia-sia.

          Secara konklusinya, tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memang memainkan tanggungjawab yang sangat penting dalam mewujudkan anak-anak yang berjimat-cermat dalam kehidupan seharian mereka. Anak-anak juga harus mengambil inisiatif sendiri untuk menjadi seorang yang berjimat-cermat dan tidak boros dalam berbelanja. Melalui tunjuk ajar ibu bapa yang efektif, sudah tentu negara kita dapat mewujudkan generasi yang berjimat-cermat pada masa yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan generasi negara kita sentiasa dipuji dan disegani oleh pelbagai lapisan masyarakat. Berjimat-cermat amalan mulia.

Featured post

Amalan-amalan Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

This one is 33/40. Seriously I don't know why this essay get this mark. Well it's for you to decide whether it is okay or not becau...